Berikut adalah beberapa tips menghadiri temuduga. Kalau sebelum - sebelum ini mungkin anda tidak berjaya dalam..mungkin anda boleh cuba tips -tips dibawah..gud luck:)
1. Berada dalam keadaan yang fokus dan tenang. Anda perlu mendiamkan segala cakap - cakap negatif yang berada dalam minda melalui meditasi atau visualisasi mengenai apa sahaja yang bakal berlaku dalam temuduga yang akan dilalui. Fokuskan pada masa kini
2. Bertindak spontan tetapi bersedia. Jadi diri sebenar anda, profesional dan tulen. Berbicara dengan penemubual secara tulen. Anda boleh menjalankan beberapa percubaan temuduga olok - olok dengan menstimulasikan temuduga tersebut bersama orang lain sebelum ia benar - benar berlaku.
3.Tetapkan Matlamat Temuduga. Adalah menjadi tugas anda untuk meninggalkan sesi temuduga dengan rasa selamat bahawa penemuduga tahu sebanyak mungkin akan kemahiran, keupayaan, pengalaman dan pencapaian anda. Apabila anda mengesan wujudnya konsep yang salah mengenai diri anda, jelaskan ia sebelum berlalu. Jika penemuduga tidak bertanyakan soalan yang anda rasakan penting untuk ditanya, anda boleh utarakan sendiri dengan penuh diplomasi dan jawab sendiri. Jangan tinggalkan temuduga tanpa mendapat jawapan ke atas persoalan - persoalan yang anda miliki supaya anda tahu anda sedang libatkan diri anda dengan apa. Jika boleh, cuba dapatkan temuduga selanjutnya dengan penemuduga - penemuduga yang lebih penting dalam perkara yang anda kehendaki tersebut. (maksudnye cuba dptkan interview drpd kabel yg lebih besar spy anda sng masuk 'wink'2)
4. Tahu maksud tersirat. Sebenarnya semua soalan yang ditanyakan kepada anda adalah berakar umbi daripada soalan ini iaitu "Kenapa mesti pihak kami (sykt yg anda nak masuk) mengambil anda?" . Pastikan anda menjawab soalan tersebut selengkapnya. Cari jalan untuk menangani rasa takut jika anda mengesan wujudnya perasaan tersebut.
5. Susulkan ' Surat Terima Kasih'. Jangan pandang mudah dengan surat ini. Ia adalah salah satu lagi cara dan peluang dalam memasarkan diri anda. Cari beberapa perkara yang dibincangkan dalam temuduga yang lepas dan bawa ia dalam surat ini. Menulis surat selepas temuduga adalah mungkin satu perkara minimum tetapi boleh membuatkan diri anda menonjol berbanding pemohon - pemohon lain kerana surat ini telah menjadi temuduga tambahan dimana anda sahaja mempunyai peluang untuk bercakap sepuasnya. Utarakan idea - idea berguna yang boleh mendemonstrasikan nilai tambah anda ke dalam pasukan yang sedia ada dlm sykt .
6. Pertimbangkan agenda penemuduga. Penemuduga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menggaji calon yang tepat. Kebolehan anda dalam melaksanakan pekerjaan perlu dijustifikasikan. "Adakah terdapat nilai tambah dalam diri calon ini?", "Adakah calon ini sesuai dengan budaya organisasi?". Ini adalah antara soalan - soalan yang berlegar dalam minda penemuduga. Oleh itu, cari jalan untuk mendemonstrasikan kualiti - kualiti anda di samping kemampuan untuk menjawat tugas.
7. Pastikan diri anda tahu menjawab soalan "Beritahu saya mengenai diri anda". Ini adalah soalan kesukaan yang lazimnya ditanyakan oleh penemuduga. Oleh semua pastikan semua yang anda perkatakan boleh menjawab soalan penemuduga - " Kenapa harus kami mengambil anda?". Sediakan jawapan anda dengan penuh berhati - hati dengan menyebutkan contoh - contoh pencapaian dalam kehidupan kerjaya anda yang hampir berpadanan dengan elemen yang diperlukan dalam pekerjaan yang anda pohon.
8.Jaga klu - klu Nonverbal. Pakar menjangkakan bahawa perkataan hanya mengekspressikan sebanyak 30% - 35% yang sebenarnya dikomunikasikan oleh manusia, ekspressi muka, pergerakan badan dan aksi - aksi menggambarkan yang selebihnya. Oleh itu jaga kontak mata. Jalan dan duduk dengan yakin. Condong ke arah penemuduga (45 darjah) bagi menunjukkan minat dan keinginan. Bercakap dengan nada yang bersesuaian untuk menyokong keinginan anda tentang peluang pekerjaan yang anda kehendaki.
9. Bijak berhadapan dengan soalan Kewangan. Jangan terperangkap dengan memberitahu penemuduga jangkaan kewangan anda. Anda mungkin akan bertanyakan akan gaji yang terlalu sedikit atau terlalu banyak dimana peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan yang dikehendaki akan terjejas. Oleh itu, cuba tangguhkan perbincangan mengenai kewangan sehinggalah anda benar - benar memahami skop tanggungjawab perkerjaan yang dipohon.
10. Berhati - hati apabila bercakap. Jangan bercakap terlalu banyak sehingga mendedahkan perkara - perkara yang tidak patut dan di luar skop temuduga. Nyatakan pengalaman lepas anda dari aspek positif. Walaupun anda tidak bersetuju dengan majikan anda sebelum ini, anda sebaiknya mengekpresskan sebanyak mana perkara yang positif mengenai situasi anda sebelum ini. Apabila anda bercakap negatif mengenai orang lain atau situasi dimana anda terlibat secara langsung, anda mungkin berpotensi untuk dilihat sebagai orang yang bermasalah dalam bekerja dengan orang lain oleh penemuduga.
(sumber :Asiaco Jobscenter)
0 comments:
Post a Comment