While Blogwalking,Please click to our sponsor below too =)

Thursday, March 11, 2010

take a deep breathe..its friday morning ^_^

lalalala..im gettin giddy to put a new entry again in this beautiful mownink...

one thing bout counseling that i think ive wrote it before in this is about all the concepts that Freud determined. Freud brings this Psychoanalysis Theory. It was the beginnin of everything..!!! i mean everythin! he is the core founder in this counseling field..so lets talk bout his interesting concept..




- done by fara ma housem8 (i x pandaila hoho;P)..tanx fara cyg-


 Psikoanalisis

Dalam pandangannya tentang fitrah manusia, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives).  Berdasarkan kepada pandangan ini lahirlah konsep antirasionalisma dalam segala gerak-
geri manusia.  Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak
dapat membawa arah kepada nasib haluannya.

     Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (Animalistic instincts) dan desakan biologikal.  Desakan yang paling utama adalah desakan
mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini.huhu dahsyat konsep Freud ni, i tell u! 
 
 
Konsep - Konsep Dalam Psikoanalisis
 Id (Pleasure Principle)
      Kita dilahirkan dengan id. ia juga satu sumber tenaga psikik (e.g bila marah). Dalamnya terkandung Life instinct (libido) dan death instinct (thanatos). Tenaga psikik sentiasa bergerak dan pada saat-saat tertentu ia dilepaskan.. Id sentiasa mencari kepuasan dan keseronokan segera. Fungsi id ialah untuk mengekalkan organisma dalam keadaan yang tiada ketegangan dan dalam keadaan selesa.  


 Ego (Reality Principle)
   Tugas Ego ialah sebagai mediator antara id dan Super Ego. Ego berkembang melalui interaksi antara individu dengan persekitaran dan dalam proses ini id cuba ditamadunkan. Dengan adanya ego, luahan tenaga psikik (id) dapat dilewatkan sehingga sesuatu keperluan dipenuhi. Ego berupaya menerima tekanan dan dapat melengahkan kepuasan. Ego adalah eksekutif kepada personaliti, dimana ia dapat mengawal dan seimbangkan id dan super ego. Untuk kembangkan ego perlu proses pendidikan dan penaakulan.


Superego (Moral Principle)
Bersifat ideal (sentiasa mencari kesempurnaan). Ia dikembangkan dari ego dimana standard keibubapaan lama kelamaan diganti dengan kuasa diri sendiri. Ia bertindak sebagai penjaga moral dan sosial individu . Ia terbahagi kepada 2:  

Ego ideal :  Melalui penerimaan, individu membina persepsi melalui apa yang dikatakan sempurna oleh ibubapa mereka. Pengalaman dari ibubapa ini menjadi pegangan anak-anak.
 
Conscience : Melalui rejection atau dendaan (contoh :rasa tidak diterima oleh ibubapanya) yang membawa kebaikan.



Perkembangan Psikoseksual

1. ORAL (Ransangan melalui mulut) :
 Umur antara baru lahir hingga 18 bulan  
Aktiviti permulaan ‘hisap susu’  - Fungsi mulut: taking in, mengemam, menggigit, meludah dan menutup. 
Jika aktiviti mulut direncatkan, kita jangkakan fixation (lekatan) kerana climax ke  anti climax.   

* jika menyusu direncatkan - suka merokok, minum banyak, suka mengunyah.  
* Jika menggigit susu ibu - suka menyindir, mengumpat dan agresif  
* Jika suka mengemam - kuat simpan rahsia dan kedekut  
* Jika suka meludah - introvert, rasa rendah diri  
(hehe ok cube semak diri sendiri n orang2 lain yang anda kenal..betul ke x konsep Freud ni ehe;P)

 
2. ANAL (Ransangan melalui Dubur) :  
Umur 18 bulan hingga 3 tahun  
Umur 2 1/2 tahun kena toilet training   

* Jika tahan najis - kedekut  
* Jika anak main najis dimarah - konsep kendiri rendah, degil, sensitif dan kadang-    kala suka menentang tapi +venya anaka ini jadi pembersih.  
* Jika buang air dimana sahaja - suka moody dan tempered man  
* Jika toilet training terlalu awal - mudah fed-up dan banyak konflik tapi +venya,     terlampau  pembersih.  


3. FALIK  
  - Umur 3 hingga 5 tahun  

Odiepus Complex 

Anak lelaki sukakan ibu tapi takut pada ayah kerana ayah  ada kuasa  (takut disunatkan oleh bapa). Superego terbentuk saat ini.  

Elektra Complex
Anak perempuan berahikan ayah kerana ada kuasa. Jika berahi terhadap bapa tidak selesai, lewatkan superego. Jika peringkat ini lambat selesai - Homoseksual !! (wahhh dahsyat konsep!)

4. LATENSI  
Umur 5 hingga 12 tahun
Jika peringkat oral, anal dan falik selesai dengan sempurna maka proses   peringkat tiada masalah 
Jika tidak selesai - mencarut dan bercakap lucah.

  
5. GENITAL
 Umur 12 tahun ke atas  
Minat pada opposite sex

 ini adalah antara perkara yang menarik dalan teori Psikonalisis ni. betul ke x..cek sendiri ea. ehe..i'll continue again another interesting concept in this counseling and psychology field later.before i go the pix below is the man, Sigmund Freud.


In the mean time, have a happy Friday dearie.. Mmuuahh! daaadaaa. salam.
 

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates