While Blogwalking,Please click to our sponsor below too =)

Wednesday, March 10, 2010

Memasuki Upsi..


                Sejujurnya Universiti ini hanyalah menjadi pilihan pertama atas borang UPU aku..aku ingin memasuki U yang lebih gah (weeee x yah sebut namalah)..lebih besar namanya  (besarlah sangat) dan aku tidak tahu apa kena dengan aku g letak pendidikan bimbingan dan kaunseling sebagai pilihan pertama di borang UPU tersebut.  Pilihan hatiku adalah U lain dengan course TESL (mcmlah aku terer sgtkan bahasa asing tu;P) aku letakkan sebagai pilihan kedua. Aku tak yakin aku boleh mengatasi persaingan dalam merebut course dan U yang aku inginkan dengan berjuta – juta pemohon lain pada tahun 2006 yg lalu. Isi Upsi supaya senang dapat kerja n mama nak sangat anak dia ni jadi cekgu. Pada masa remaja – rumaji pulak suker sangat baca bahagian ‘kenali personaliti’ di mana – mana sama ada majalah atau website.  Rasa seperti meneroka ke sesuatu yang sangat menyeronokkan, tu g  pilih bimbingan dan kaunseling. Bedoa punya doa akhirnya Tuhan makbulkan juga doa aku (n mama aku kot) tuk dapat pijakkan kaki ke Universiti. So aku akur dengan universiti dan jurusan yang ku perolehi.
 
                Hatta berkemaslah anak jati Malaysia yang berasal dari Sandakan, Sabah ni untuk ke UPSI tu. Baca surat tawaran sekali lagi, pelajar dikehendaki memakai pakaian formal (means baju kurung atau seumpama dengannya maaah). Aku pun pakailah siap baju kurung lengkap g airport. Cikgu dan rakan – rakan yang menghantar pelajar ke airport ni punyalah tekejut tengok aku. Nak terbang pun pakai baju kurung n tudung ke sudahlah aku sebenarnya free hair n sangatlah suka melaram pakai sesuka hati jer back then. Situlah titiknya! Bermulanya kehidupan tidak rasmi aku sebagai pelajar UPSI. Masuk sem 1. Jumpa ramai kawan – kawan baru. Tengok kanan tengok kiri..ramai jugak pelajar bimbingan dan kaunseling ni. Walaupun pada sem 1 tersebut aku memanglah ketara sangat nampak macam budak yang baru belajar menutup kepala all the time (ayyoh!). I think I look so selebet macam makcik2 pada masa itu loh. I didn’t wear my make up at the time cuz im afraid its gonna be too much for my new environment or ill give the wrong impression on whoever it is that im goin to meet (err izzit? tet!) Haha..new frenz? Not yet still malu2 tidak mesra alam. Luckily kawan baik aku Hany yang sekelas semasa Tingkatan 6 dulu mendapat jurusan yang sama dan kelas yang sama dengan aku.. so kami pun jadilah BFF!
 
                Then berkenal – kenallanla dengan subjek pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Tak tau sebenarnya ape yg kami pelajari ni..I just go with the flow. I meant u know get into the class, accepting lect, do the assignments n sit for the exam. Oh how I am the typical student. Namun, apa yang menarik ialah banyak term – term psikologi yang baru ku pelajari. Oh yes the Sigmund Freud. The pioneer, the forefather of this field. Banyak sangat terms tp yg menarik minat aku ialah the Oedipus n Electra Complex. Selama ni aku tau perkataan electra tu dari filem je lakonan the smashin Jennifer Garner tu jer. Ehe. Lagi satu yg sangat menarik ialah the Iceberg’s concept of him. sy suke bila Sigmund Freud ni memperkatakan tentang minda sedar, separa sedar dan tidak sedar serta analisis mimpi. Oh oh sangatlah diminati itu. Lepas tu masuk bab ke dua Adler..seriously his family constellation is realy – realy appealing to me. I love how he describe the eldest (im de eldest hihi (^_^)V), the middle child, the only child and the youngest. My sibling consisted of only 3 of us. I think his concept is really a bullseye for me! Masih ingat Puan Sabariah yang mengajar kami pada masa tersebut sangatlah ingin kami mematuhi konsep kasut bertutup yang diamalkan di UPSI ini . hehe puan Sabariah juga yang menghendaki kami mencipta teori sendiri. Apakah gamaknye nak wat..bingung tul aku jadinya..tah teori ape la yg ku tulis tuk assignment tu haha.
 
                Banyak memori indah sebenarnya di UPSI ini. Walaupun ia terletak di pekan Tanjong malim a.k.a. pekan Cowboy (bagi aku ehe..opss (^_^)V). seriously say upsi bagi saya memiliki persekitaran yang sangat tertutup which can lead to both different thing. Persekitarannya membuatkah ramai pelajar yang memakai topeng cekgu bila di dalam area bagi mematuhi arahan dan kemudian lepas bebas bagai orang x sedar diri apabila berada di luar UPSI atau pelajar betul – betul menjadi baik, terdidik menjadi bakal cekgu yang cemerlang. Amin. Tepuk dada, Tanya iman. Tetapkan matlamat n go for it

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates