While Blogwalking,Please click to our sponsor below too =)

Thursday, March 11, 2010

..jom bekenal - kenalan dengan kaunseling...

Perkataan kaunseling berasal daripada perkataan Inggeris iaitu coun’sel dan digunakan dengan perkataan

counseling atau counselling yang bermaksud nasihat, teguran, ingatan atau memberitahu. Dalam Dictionary of

Psychology (1991:99) menjelaskan kaunseling ialah perbincangan dengan seseorang yang menghadapi

masalah dan dinasihati oleh seseorang sama ada dia seorang pakar atau tidak.

 
Manakala kaunseling menurut Kamus Dewan ialah proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi

tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi

bimbingan dan nasihat.

 
Menurut Blocher (Shertzer & Stone,1974 ), kaunseling adalah satu proses interaksi yang menggerakkan

pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan atau penjelasan

matlamat dan nilai terhadap perubahan tingkah laku.


Menurut Burks dan Stefflre (George & Cristiani, 1990) pula, kaunseling melambangkan satu perhubungan

yang professional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien. Perhubungan ini kadangkala

melibatkan lebih daripada dua individu. Ianya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan

pandangan mereka terhadap ruang kehidupan dan belajar mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri

melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau

antara individu.

.
Krumboltz (George & Cristiani, 1990) mentakrifkan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika

yang dilakukan oleh seorang kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah

laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.


Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) pula telah membantu Majlis Kaunseling Kebangsaan

mendefinisikan kaunseling dalam Rang Undang-undang Akta Kaunselor 1996 sebagai suatu proses menolong

yang sistematik berasaskan ilmu psikologi tentang manusia agar lebih memahami diri dan persekitarannya

(sumber-sumber dalaman dan luaran) ke arah memperolehi satu keputusan untuk menyelesaikan masalah dan

menyesuaikan dirinya dengan baik.


Carls Rogers dalam bukunya Counseling and Psychotheraphy menyebut kaunseling itu sebagai satu proses

pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar dan dapat pula menerima

pengalaman yang belum pernah dirasai supaya ia dapat disesuaikan dengan diri seseorang itu.


Huraian di atas menjelaskan bahawa kaunseling bukan khidmat nasihat walaupun terdapat nasihat yang

diberikan. Hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar

dan memberikan layanan serta berinteraksi dengan baik. Manakala klien memperihalkan masalah mereka dan

cuba memahami dan mengambil tindakan mengurus masalah tadi. Proses aksi dan reaksi antara kaunselor

dengan klien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates