While Blogwalking,Please click to our sponsor below too =)

Saturday, November 13, 2010

Senarai Pautan Lepasan UPSR / PMR (MRSM)

Salam & Olla..
This entry especially goes to adik2 yg baru habis UPSR & PMR atau whoever out there yg ade adik nak sambung belajar..keputusan UPSR kan baru je diumumkan.? ;) .Anda mungkin boleh cuba mempertimbangkan untuk memasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam negara. Kenapa nak pilih MRSM?

1. Kurikulum & kokurikulum yang memang mantap (bukan sebarangan leh masuk, yg mantap2 je..kire klu dpt masuk sini, Insya Allah student akan jadi mantap)
2. Pelajar yang memasuki MRSM mendapat tajaan Mara. (sangat sesuai untuk golongan kurang berkemampuan). Kebanyakan yang dapat masuk sini Insya Allah dah menjamin tempat di program Matriks/ Asasi (Foundation) di insititut2 yg akan sy ulas kemudian. Sape2 yg dpt masuk program2 ni pula Insya Allah dah menjamin tmpt ke IPTA (kna jaga pointer gak ea spy x jd dropout) 
3. lagi advance..bleh sambung study abroad terus klu cemerlang pas SPM kat MRSM ni..n ditaja:)

sebelum kita pergi jauh..mari kita lihat syarat- syarat kemasukannya terlebih dahulu ek ^_^ ....


inilah lencana n moto MRSM:)

Syarat kemasukan adalah seperti dibawah:
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bumiputera tahun enam.
  3. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
  4. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010
Untuk pengetahuan semua, Mara kini ada menganjurkan program MRSM (Agama) Ulul Albab yang dilaksanakan di MRSM Kota Putra, MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Sistem pendidikan MRSM (Agama) ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.(nice, isnt it 'wink' alas, there's NONE yet in Sabah & Sarawak)


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM (AGAMA) ULUL ALBAB: 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
  3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun permohonan dilakukan.
  4.  Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
  5. Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra atau MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  6. Pemohon ke MRSM (Agama) akan ditemu duga.

Mulai tahun 2011, MARA juga akan melaksanakan program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang. Pelaksanaan program Cambridge IGCSE di MRSM bersesuaian dengan hasrat MARA melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif. Program Cambridge IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) sistem pendidikan MRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta DIIKTIRAF di kebanyakan UNIVERSITI di peringkat ANTARABANGSA. Untuk maklumat lanjut tentang program Cambridge IGCSE, sila layari laman web MARA. (masyuk2 ehe)



SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK PROGRAM CAMBRIDGE (IGCSE) MRSM: 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)  semasa membuat permohonan.
  3. Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
  4. Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang sebagai pilihan semasa mengisi borang permohonan secara online.
  5. Pemohon akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga yang akan diadakan di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.
  6. Surat panggilan temu duga akan dihantar kepada pemohon.
  7. Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.


CARA MEMOHON SECARA ONLINE : 

Semenanjung Malaysia
  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasmi.
  2. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.

Sabah & Sarawak

  1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasmi.
  2. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  1. Kesemua pemohon (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak) mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 30 November .
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah
selewat-lewatnya pada 3 Disember .
NOTA PENTING:

  1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  2. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
  3. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
(i) Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
(ii) Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
 

    4.  Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh   
         Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon ke MRSM.
   5.   Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan   
         sehingga 30 April permohonan anda dianggap tidak berjaya.
   6.   Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah
        ditetapkan oleh MARA.
   7.   Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.



Berikut adalah senarai pautan website - website rasmi sekolah - sekolah tersebut: :) . Permohonan kemasukan secara online bolehlah dilakukan di website rasmi MARA http://www.mara.gov.my/


PERLIS



KEDAH





Maktab Rendah Sains Mara, Baling
Maktab Rendah Sains Mara, Langkawi


PULAU PINANG




PERAK







SELANGOR



NEGERI SEMBILAN





MELAKA






JOHOR



Maktab Rendah Sains Mara, Mersing


PAHANG



Maktab Rendah Sains Mara, Tun Abdul Razak (IGSCE)
Maktab Rendah Sains Mara, Bentong
p:/s :Maktab ni ditutup setahun berikutan tanah runtuh..pelajar2 telah dipindahkan ke MRSM Pekan. oleh sebab itu, sy x jumpe link rasmi website maktab ni..tp sy dpt link unit kokurikulum dier klu nak 'sneak a peak' ttg maktab ni.. http://mjscbentongkokuunit.blogspot.com/




TERENGGANU






KELANTAN



Maktab Rendah Sains Mara, Tumpat




SABAH


Maktab Rendah Sains Mara, Tawau


SARAWAK
(kebanyakan MRSM di sarawak ini baru dibuka...sebab tu kot xde website g..idk i just couldnt find em..ehe sorry)

Maktab Rendah Sains Mara, Mukah

Maktab Rendah Sains Mara, Betong



Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat :


-source is taken from http://www.mara.gov.my/, wikipedia & google, of course - (^_^)V

~ maafkan saya kalau ada sebarang ralat/kesilapan dalam entri ini..saya mempelawa anda untuk memperbetulkan ralat/kesilapan tersebut jika ada. ~

Saya tidak akan bertanggungjawa atas sebarang masalah yang mungkin timbul hasil daripada maklumat dalam entri ini. Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates