While Blogwalking,Please click to our sponsor below too =)

Wednesday, November 17, 2010

Senarai pautan lepasan SPM (Asasi,matrikulasi, diploma, sijil)

Senarai pautan lepasan SPM (Asasi,matrikulasi, diploma, sijil)
Salam..Mubarak Aidil Adha sumer. Hari ini adalah Hari di mana Umat Islam di Malaysia Menyambut Hari Raya Aidil Adha/ Hari Raya Korban.. ^_^


Jadi, bleh sy tau ape yang anda korbankan ari ni? Saya? korbankan masa jelah berejam2 untuk post ni ehe..ni je yg mampu sy korbankan..esok baru ada sambutan kat kolej za'ba saya ni;P

ape pengertian Aidil Adha kali ni bagi anda semua? cuba kita renungkan beberapa quote yg sy ambil daripada para ustaz :)

Aidil Adha mengingatkan kita untuk mencari rasa kasih dan setulus yakin terhadap Allah swt, tanpa kedua itu, korban tidak akan mampu dilakukan. Seperti Nabi & jemaah haji berkorban masa, tenaga, wang & minda, mencari redhaNya. Tanpa pengorbanan, title bertaqwa yg diredhai Allah akan menjauh. Pengorbanan utk Allah perlukan lebih dari sekadar ilmu.  (Zaharuddin.net 2010)

"yg ada duit jgn lupa "korban" sebagai tanda syukur, sabda al rasul tercinta " sesiapa yg ada kemampuan tetapi tidak sembelih korban jgn dekati tmpat solat kami" buat korban dgn taqwa n ikhlas . bukan hanya bnatang di sembelih tetapi juga sifat2 "kebinatangan" yg ada pada kita juga t...urut disembelih. Dalam kelompok manusia ada binatang tapi dlm kelompok binatang tak da manusia" ( Mohd Zawawi Yusoh, 2010)


So, How's yr eid goin on there? Hope u guys happy with loved ones, family, relatives n friends (^_^)V


Im celebratin here alone..<--- this is probably sounds sad, isnt it? but i am not seriously. Im just fine.. ehe n ape yg lucu lembu yg nak dismbelih esok hari kat kolej ni bleh plak melarikan diri n i saw the cow runnin away hahahha..its hilarious! never seen such condition before hahahahah..x tahan gelak! wakakakak:))

this is exactly how the cow ran away..its the same in color hahaha

Rasanya lembu tersebut mengalami serangan Agoraphobia (Panic Attack). Maksudnyer fear of places / situations (Paksi 1 dalam diagnosis DSM-IV-TR) cuz dia tau dia bkl dsemelih esok ari hahaha (sorry my nut meter is goin up today..tryin to apply the abnormal psychology .. cuz xm is in the corner..ugh pekebenda sy merepek ni;P)


<--- Salam Aidil Adha sumerrr (^_^)V




ok ok but stop..(back to serious mode;P)


As I promised before..i'll post another link ..this time is for student after SPM..who's got brilliant - pretty gud result that is acceptable for pursuin their study in ASASI/ Foundation (Matrikulasi) Programmes.

okay 1st we started from Asasi programmes.


Program bertaraf ASASI (yang diluluskan oleh kementerian) terdapat di IPTA berikut :

  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)


Di atas adalah link Centre For Foundation Studies UIAM. Anda boleh klik link tersebut bagi mengetahui segala maklumat bermula daripada Latar belakang program, Struktur Kursus, Sistem Semester, Kampus Pengajian, Kemasukan Ke Program Ijazah Selepas Tamat Pengajian Asasi UIAM, Maklumat Lanjut & Syarat - Syarat Minimum Kemasukan


Selain daripada program asasi di Universiti Islam sendiri, lepasan SPM juga boleh memasuki satu lagi institut Tahfiz iaitu Darul Quran bagi menjamin tempat ke program asasi di Universiti ini mahupun terus menyambung pengajian di luar negara ( Timur Tengah kebiasaanya, seperti Universiti Al- Azhar) jika memperoleh keputusan yang cemerlang. 

Darul Quran ini adalah satu institut Tahfiz yg berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pelajar yang memerlukan akan memperoleh biasiswa daripada JAKIM bagi membiayai kos pembelajaran. Program - program yang ditawarkan adalah dalam bentuk diploma dan Sijil. (saya amat syorkan pelajar yang berkelayakan untuk memasuki institut ini ehe kerana disamping pembelajaran yang mendapat bantuan dari kerajaan, ilmu yang diperoleh juga adalah ilmu ukrawi dan duniawi) Untuk sebarang maklumat lanjut sila klik link dibawah





untuk maklumat mengenai program, kod dan tempoh pengajian asasi secara amnya..anda bolek klik link di atas

Ini pula adalah link Pusat Asasi Sains Universiti Malaya . Pada masa ini, link ini masih dalam pembinaan. Namun melalui link ini anda bolehlah mengetahui serba sedikit maklumat yang penting. Anda boleh klik link Programme Offers ini jika ingin mengetahui kursus - kursus yang ditawarkan


  • Universiti Putra Malaysia (UPM)  
Universiti Putra Malaysia ini hanya menawarkan kursus pertanian bagi peringkat asasi


Namun demikian, UPM juga ada menawarkan program diploma bagi lepasan SPM. Program diploma ini adalah berpusat di Kampus Bintulu.Sila klik Program Diploma UPM untuk sebarang maklumat lanjut.:)


klik link Pusat Asasi Uitm untuk sebarang maklumat lanjut mengenai syarat - syarat kemasukan, tempoh pengajian, lokasi pengajian, program dan fakulti yang ada dan lain - lain.


 USIM ada menawarkan program Tamhidi (Matrikulasi) dan Diploma untuk lepasan SPM.







  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)


BANTUAN KEWANGAN PROGRAM ASASI IPTA


Program bantuan kewangan untuk program bertaraf asasi IPTA diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia setelah Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan. Program bantuan kewangan ini mula ditawarkan bermula sesi pengambilan pelajar 2005/2006.

KUMPULAN SASAR

Pelajar-pelajar program bertaraf asasi (program pra-universiti yang diluluskan oleh kementerian) di IPTA berikut :

•    Universiti Islam Antarabangsa
•    Universiti Malaya
•    Universiti Putra Malaysia
•    Universiti Teknologi MARA
•    Universiti Sains Islam Malaysia
•    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia.
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk semua pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di IPTA tanpa mengira taraf pendapatan.
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

PEMBIAYAAN
Kadar pembiayaan yang ditawarkan pula adalah seperti berikut:
  • Elaun wang saku        : RM 1,250.00 / semester
                                      (mulai sesi 2008/2009)
  • Yuran Pengajian         : RM 350.00 / semester
  • Yuran Penginapan      : RM 360.00 / semester
  • Tuntutan tambang perjalanan sekali (pergi/balik) sepanjang pengajian untuk pelajar dari Sabah dan Sarawak sahaja melalui pihak Bendahari IPTA atas kadar yang ditetapkan.

 JADUAL KADAR BANTUAN TAMBANG KAPAL TERBANG
 
LOKASI
KADAR BANTUAN TIKET (Pergi-Balik)
Sabah ke Semenanjung dan sebaliknya
RM 1000
Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya
RM 700
Labuan ke Semenanjung dan sebaliknya
RM 900
Sabah ke Sarawak dan sebaliknya
RM 500
Labuan ke Sarawak dan sebaliknya
RM 400
Labuan ke Sabah dan sebaliknya
RM 100

PERJANJIAN

  • Pelajar dikehendaki menandatangani 3 salinan perjanjian dengan mengemukakan seorang penjamin.
  • Tiada bayaran balik dikenakan tetapi pelajar perlu membayar semula wang bantuan kewangan yang telah diberikan sekiranya gagal mengikuti program pengajian dengan jayanya.

PERMOHONAN
  • Tawaran kepada pelajar baru dibuat secara automatik berdasarkan tawaran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Semakan dan tawaran program akan dibuat secara atas talian (online) melalui laman web KPT dalam tempoh tawaran kemasukan dikeluarkan. Pemohon dikehendaki menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran yang mengandungi item berikut :
    1. Surat tawaran;
    2. Borang perjanjian (3 salinan, boleh fotokopi borang kosong)
    3. Borang penyata kewangan penjamin;
    4. Panduan mengisi borang perjanjian.
  • Dokumen perjanjian yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran. 
  • Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir IPTA masing-masing pada setiap semester.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

         UNIT PINJAMAN DAN BANTUAN KEWANGAN
         BAHAGIAN BIASISWA
         Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
         Aras 4, Blok 1, Menara PjH, Presint 2,
         62100 PUTRAJAYA

         Tel : 03-8884 4633 (Cik Fikriah) / 4659 (W.Salmi)
         Fax : 03-8884 4701
         E-mel : unitpinjaman@mohe.gov.my



sumber: http://www.portal.mohe.gov.my/



















Program Matrikulasi

Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan bagi pelajar bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan perakaunan selepas tamat pengajian di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Sebelum ini program matrikulasi telah dikendalikan oleh beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza. Hasil dari program ini telah melahirkan banyak cendekiawan dan tenaga mahir bumiputera dalam bidang profesional.

Senarai Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia



Kolej Matrikulasi Perak








Senarai Kolej MARA Matrikulasi





Senarai Kolej Matrikulasi Teknikal

Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah Pendang
Di alamat
Sekolah Menengah Teknik Pendang
Pokok Tai, 06720 Pendang,
Kedah Darulaman


Kolej Matrikulasi Pahang Jengka
Di alamat
Sekolah Menengah Teknik Jengka
26400 Bandar Jengka
Pahang

Kolej Matrikulasi Johor Pontian
Di alamat
Sekolah Menengah Teknik Pontian
Mukim Rimba Terjun
82000 Pontian, Johor


Selain daripada bantuan kewangan bagi program Asasi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) juga ada menawarkan bantuan kewangan lain seperti biasiswa sukan untuk pengajian di peringkat Diploma, Sarjana, Ijazah dan Phd kepada atlet yang masih belajar dan aktif di bidang sukan. Biasiswa adalah bergantung kepada kategori tertentu. klik link di bawah untuk sebarang maklumat lanjut.


sumber kesemua maklumat :  google, wikipedia, portal rasmi JAKIM, laman rasmi Darul Quran,portal rasmi KPT, portal PMI program matrikulasi KPM

 
Terdapat beberapa lagi bantuan kewangan lain yang disediakan oleh kerajaan atau badan bukan kerajaan lain bagi membantu membiayai pelajar - pelajar yang berkemampuan. Maaf, saya dah agak letih ehe..nanti saya post berkenaan yang itu ye. Buat masa ini sekian sahaja entri saya.

P/s: saya tidak mengulas dengan lanjut sebarang program asasi / matrikulasi/ Tamhidi di atas kerana jika anda klik link - link yang saya berikan, semua maklumat telah terkandung didalamnya.


Penafian: Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang masalah / kesulitan yang timbul hasil daripada entri ini. Sekian. Terima Kasih.



 Me & my younger bro during his convo in DQ 3 years ago, i couldnt remember the exactly..watever ehe (^_^)V

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates