While Blogwalking,Please click to our sponsor below too =)

Saturday, April 3, 2010

Tips Membina Keyakinan Diri

Assalamualaikum n salam 1 mesia..

Its saturday evening..its been so long the last time i wrote in this blog..been toO bz lately catchin up with everything.

Owkay lets continue again with Counseling. Its my field..interesting field.1st of all before i go further, i think we need to know what counselor is doing n the counseling as itself..

Apakah peranan kaunseling di sekolah? kaunseling merupakan satu  bidang yang masih baru di negara kita ini. Setiap kali saya mengajukan bahawa Insya Allah saya bakal menjadi kaunselor sekolah, banyak jawapan yang saya terima esp. from the adult.."ow kaunselor..takpe, xde keja.." Tidak mengapa, mereka tidak tahu bahawa sebenarnya tugas sebagai seorang kaunselor ini begitu banyak dan menarik.


Pada tahun 1984 KPM telah mengeluarkan sebuah buku Panduan Perlaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah. Di dalamnya terkandung segala panduan yang
meliputi konsep, falsafah, etika dan preskripsi fungsi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Jenis-jenis perkhidmatan yang telah dikenalpasti terkandung di dalam buku Panduan
Perlaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kauseling di Sekolah Menengah ialah:

· Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod Pelajar;
· Perkhidmatan Pemberian Maklumat;
· Perkhidmatan Bimbingan Kelompok;
· Perkhidmatan Kaunseling;
· Perkhidmatan Penempatan;
· Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Dadah;
· Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan;
· Perkhidmatan Konferen dengan Ibu Bapa;
· Perkhidmatan Penyelarasan Resos
· Perkhidmatan Penilaian.

Inilah antara - antara tugas - tugas wajib yang perlu dilakukan oleh kaunselor di sekolah. selain daripada yang disebutkan di atas, kaunselor sekolah harus menjalankan program - program, seminar, bengkel, ekspo dan apa - apa sahaja aktiviti bagi membantu pembangunan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,intelek dan sahsiah (JERIS) seperti yang diinginkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.


Disini saya nak kongsikan sedikit tips - tips membina keyakinan diri untuk bacaan anda. Pengunjung - pengunjung blog saya semua bolehlah membaca dan harap2nya dapatlah info menarik sedikit daripadanya :-)

Kenalpasti perasaan tidak selamat dalam diri. Cuba kenalpasti apa yang membuatkan anda berasa malu terhadap diri sendiri. Ia mungkin boleh terdiri daripada perkara fizikal seperti tumbuhnya jerawat sehingga kepada emosi seperti wujudnya penyesalan dalam diri ataupun kawan - kawan disekeliling. Apa - apapun yang membuatkan anda berasa tidak bernilai, malu atau rendah diri, kenalinya dan catatkan perkara tersebut.  Kemudian anda boleh membuang catatan tersebut apabila anda mula berasa positif .


Kongsikannya bersama rakan - rakan dan orang tersayang. Tiada jalan pintas yang boleh membuatkan anda yakin diri secara serta - merta. Oleh sebab itu, dalami punca permasalahan, fokus dan fahaminya. Anda perlu belajar untuk menerima diri sendiri, pengalaman masa lalu anda, halangan - halangan yang anda alami tanpa perlu melabelkannya sebagai "malang".


Ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna. Dalam hidup ini, kita mungkin ada merasakan kekurangan - kekurangan kita. Ini adalah realiti. Oleh sebab itu, belajarlah bahawa hidup ini penuh dengan turun naik.


Kenalpasti Kejayaan - Kejayaan Anda. Setiap daripada kita mesti mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang. Oleh sebab itu kenalpasti perkara - perkara dimana kelebihan anda ada disitu kemudian fokus kepada bakat anda. Ekspresskan diri anda tidak kiralah sama ada melalui seni, muzik, penulisan, aktiviti berpersatuan, sukan, beniaga atau lain - lain. Cari perkara yang anda nikmati. Fikirkan perkara yang anda suka untuk lakukan dan kemudian pelajarinya atau sertai kelab - kelab minat anda itu. Apabila anda mengikuti keghairahan anda, bukan sahaja ia memberikan kesan teraputik kepada anda, malahan anda akan berasa unik dan berjaya mendapat sesuatu yang seterusnya akan membantu membina keyakinan diri. Tambahan lagi, dengan menambah minat - minat tertentu dalam hidup anda, peluang anda untuk bertemu dengan kawan - kawan yang 'sekepala' dengan anda akan bertambah.


Bersyukur Dengan Apa Yang Dimiliki. Lazimnya perasaan tidak yakin diri ini berasal daripada perasaan yang mengatakan bahawa anda tidak mempunyai sesuatu sama ada sokongan emosi, tuah, wang dan lain - lain. Dengan menghargai apa yang anda miliki , anda boleh mengawal perasaan tidak lengkap dan tidak puas hati ini. Cari rasa ketenangan dalam diri anda akan meningkatkan keyakinan diri anda.


Positifkan diri walaupun ada tidak berasa begitu. Cuba elakkan perasaan kasihan pada diri sendiri atau rasa kasihan dan simpati daripada orang lain. Jangan pernah benarkan orang lain buatkan anda berasa rendah diri. Mereka hanya boleh membuatkan anda berasa begitu jika anda membenarkannya. Oleh sebab itu, berkata positif mengenai diri anda sendiri, masa hadapan anda dan kemajuan yang anda buat. Jangan takut untuk mempamerkan kekuatan dan kualiti yang anda miliki kepada orang lain. Dengan itu, anda memasukkan idea - idea tersebut ke dalam minda dan menggalakkan pertumbuhan anda ke arah yang positif.


Terima Pujian dengan terbuka. Terima pujian dengan hati terbuka dan respon dengan positif seperti membalas pujian dengan ucapan "TERIMA KASIH" ataupun "SENYUM" :).


Pandang Cermin dan Senyum. Kajian - kajian berkenaan dengan "facial feedback theory" mencadangkan bahawa ekspresi muka sebenarnya boleh menggalakkan otak untuk mendaftarkan emosi - emosi tertentu. Oleh sebab itu, dengan memandang ke dalam cermin dan senyum setiap hari, boleh membuatkan anda berasa lebih gembira dengan diri sendiri dan lebih berkeyakinan diri dalam jangka masa panjang. 


Lagak Yakin. Berlagak yakin sebenarnya boleh membuatkan diri anda benar - benar percaya bahawa diri anda yakin kepada diri sendiri. Anggaplah bahawa diri anda seorang yang betul - betul yakin pada diri sendiri dan lihatlah hasilnya!


Berpegang Kepada Prinsip. Perkara ini mungkin sukar tetapi apabila anda tidak mempunyai sesuatu yang anda tidak boleh percayai, anda tidak akan mempunyai apa - apa.


Tolong Orang Lain. Apabila anda tahu bahwa anda baik kepada orang - orang disekeliling anda dan sedang membuat perubahan positif dalam kehidupan orang lain, anda tahu bahawa anda adalah unsur positif dalam dunia ini yang seterusnya akan menggalakkan keyakinan diri.


Inilah sedikit tips - tips yang boleh saya kongsikan buat setakat ini. Semoga berjaya. Insya Allah. C U later guys :)

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates